Pages

Tuesday, May 10, 2016

Cerita, berita dan step verify

Aku sebenarnya suka mendengar orang bercerita.
Tapi mungkin ak tak pandai menunjuk emosi orang jadi tak berminat nak berkongsi cerita dengan aku.

Tapi mereka lupa telinga aku sentiasa mendengar

Melainkan aku ajak orang bercerita barulah orang mula bercerita.
(Standardla kan you want something you must give something in return)

Dan ak juga orang yang suka percaya dengan apa yang diceritakan. Sikap aku ni mungkin menyebabkan orang yang cerita terus bercerita. Yang betul betullah dan yang klentong yang mana ak tak tahu ak pun percayalah.

Tapi x kan x dapat membezakan cahaya dan kegelapan?

Kenapa orang bercerita makin suka bercerita?
Sebab ak suka bertanya
Macam reporter atau hos rancangan mhi, Assalamualaikum, nasi lemak kopi o dan yang seangkatan yang menanyakan soalan2 kepada individu yang dijemput . Antara cuak atau belasah je la janji jawab lantas menjadikan orang2 yang ak berbual bertambah galak bercerita.

Yang baik Alhamdulillah
Yang buruk pun Alhamdulillah
Tambah aku 1 ilmu baru.

Tp macam orang katalah yang buruk dan jahat jadikan sempadan
Yang baik kita jadikan panduan

sikap aku yang percaya cerita orang lain ini nasib tak menjadikan aku taksub.

Kenapa sebab ada sahaja ALLAH s.w.t takdirkan ak bertemu dengan hamba lain yang mempersoal dari sudut pandangan berbeza lantas menjadikan ak berwaspada dengan berita dan cerita2 sensasi yang ak terima. Alhamdulillah.

Sebagai contoh
Dalam fb orang ramai berkongsi berita bahawa starbucks diharamkan jakim
Kadang2 berita itu siap diletakkan gambar dan no telefon jakim untuk menunjukkan yang Starbucks itu haram.

Tapi ada sesiapa yang cuba menghubungi berwajib menanyakan samada ia sahih atau tidak?

Haraaam... termasuklah aku
Tapi nasib baikla terdapat segelintir manusia yang berusaha membetulkan yang salah..

Camne nak tahu? Bacalah komen dalam post yang dikongsi.

Begitu jugalah ak dalam kehidupan seharian

Aku menerima sesuatu cerita atau berita
(Collect)
Ak percaya kerana siap disediakan bukti (identify)
Tapi aku tak mencari bukti yang lain atau mengesahkannya (verify)
Bagaimana mungkin sesuatu cerita atau berita itu benar? (Summarize)

Nasiblah ada auditor yang menegur😎
Kalau tak maka sesatlah ak terus menerus. Masyaallah

So peringatan buat anda dan saya

beringatlah sebelum berkongsi ye...😊

Ingat !!!!

Step VERIFY tadi tu ye.
Sahkan setiap berita dan cerita tersebut ye. 😁

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...