Pages

Thursday, April 14, 2016

13.4.16

13.4.16
Hari lahir ke 25 aku
Alhamdulillah ad ramai yg wish tp haram seorang pun ak x reply lg...

Mngkin ad yg berkata ak sombong dan mungkin juga yg kata ak apa apa lah ..

Tp semua tu negatif so mari kita abaikan
Dan Seperti yg pernah ak tulis sebelum ini mari kita tulis apa yg menarik berlaku pada diri anda. Ingat positive shj ye

1. Ak solat maghrib isyak berjemaah Alhamdulillah
2. Ak dgr ceramah agama tv1 beb dh berkurun ak tak tonton
3. 1st time pergi perpustakaan desa dafta dan pinjam buku Alhamdulillah.

Korang pulak? Ingat ye tulis ye

Tuesday, April 12, 2016

Kenapa aku dah lama x menulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera sudah lebih setahun dari tarikh last posting aku. Konon dulu kata RESTART tp Haram tak start start..

Alhamdulillah ak sihat.
Tp kenapa ak x menulis?

Sebabnya ak segan dan ego..
Ko tahu kenapa?

Pada usia menginjak 25 tahun (2016)

Pada usia 25 ak masih x bekerja
Pada usia 25 ak masih negatif
Pada usia 25 ak masih malas dan bertangguh
& pada usia 25 masih terdapat ego dan segan yang x kena tempatnya

Kalau pasal duit dan pasangan itu lagi la jauh x kelihatan

Tapi sampai Bila?

Kalau korang jumpa ak depan2 walau bersama rakan atau berjumpa rakan yang lama x berjumpa ak masih riang seperti biasa walhal dalam hati ni terus berkata kata

Kalaulah korang tahu apa perasaan ak masa ini.

Jenuh ak cover, jenuh ak simpan sesekali bila ad peluang berkata kata linangan air mata ak turut mengalir. Jenuh ak seka air mata tp ia ttp mengalir sbb itu ad masa bila orang lain bercerita soal hati ak ttp merasa.

Kalau lah korang tahu...

Tp hari ini ak ad semangat baru.
Gara2 baru membaca posting yang menarik dari link di bawah ini.

http://kursuspenulisan.com/penulisan/1358-2/

Yang mengatakan kalau kita menulis 3 perkara yang baik berlaku pada kita setiap hari selama 7 hari kita akan berkekalan bergembira
Antara fakta yang menarik ak baca
Adalah ini

“Kajian yang dilaporkan dalam jurnal American Psychologist mendapati, orang yang menulis 3 perkara baik yang berlaku dalam hidupnya setiap hari selama seminggu, nyata lebih gembira dan kurang tertekan berbanding orang lain dalam tempoh sebulan, 3 bulan, dan 6 bulan selepas itu.”

Dan hakikatnya kalau lah ak menulis dari awal tahun lepas insyaallah ak akn lebih gembira tahun ini. Dan boleh kata setiap hari ada sahaja perkara menarik berlaku pada aku cuma silapnya ak tak menulis macam mana nak ingat betul x?

Yela tu macam mana boleh ad 3 perkara baik setiap hari. Caranya adalah cuba anda pandang setiap yang berlaku dalam lingkup kitaran positif

Sebagai contoh
1. Kena marah dengan bos sbb tak menepati kriteria
+ve anda belajar yang anda buat sebelum ini x bagus so baikilah ia
2. Anda dirompak
+ve anda belajar yang selama ini anda tidak berhati2 denga harta anda. Mungkin kurang perlindungan so tambhkanla ia

Walaupun dah terlewat tapi tak mengapa, ini kerana.

Masa yang terbaik untuk berubah adalah waktu ini.

Mari kawan2 dan sesiapa yang terbaca marilah kita menulis perkara baik setiap hari agar kita menjadi lebih positif. Insyaallah

Perkara POSITIVE yang berlaku pada hari semalam ( sbb ak tulis ni pukul 7 pagi)

1. Ak dapat hadir kelas agama walaupun hanya 15 minit Alhamdulillah
2. Ak dapat bayar hutang rm1 Alhamdulillah
3. Ak tahu yang ak bukan keseorangan bila tinggalkan dunia akaun untuk kerja2 lain. Alhamdulillah

Guys let spread the positivity in our life
Insyaallah... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...