Saturday, March 19, 2011

ALHAMDULILLAH,,,EH aku HIDUP lagi la wei

mentang2 aku dh lama x update
ingat aku dah BERHENTI KE???


OH TIDAK


selagi aku masih ada MINAT MENDOWNLOAD
selagi itu aku masih menulis


hmmm BUSY...BUSY
berapa lama ye dah x update
ada sebulan x???


baru beberapa minggu dah macam2 berlaku kan
dari kejatuhan HOSNI MUBARAK
hingga ke JEPUN dilanda TSUNAMI
sekejap je apa-apa boleh berlaku kan
siapa sangka
ALLAH MAHA BERKUASA
sekali dia tunjuk kuasa x terdaya nak menghalangnya


semoga KITA SEMUA DILINDUNGI ALLAH dari apa jua bala
sebab 2 orang kata HIDUP BAGAIKAN RODA
SEKEJAP KAU DIATAS DAN KEMUDIAN KAU DI BAWAH


MACAM AKU HARI INI SHJ
ADA ORANG WAT DAJAL NGAN AKU
HARi ini hari JUMAAT so macam biasa sebagai seorang LELAKI aku WAJIB MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT...
aku habis kelas pukul 12 tegahari dan kemudian terus bergegas ke IPOH (ala 45minit je)
sebab aku ingat nak tunaikannya di Masjid Sultan Idris Shah 2 (ala Masjid Negeri Perak la)


Walaupun aku orang Perak
seingat aku ini baru kali ke-3 ke 4 aku solat kat masjid negeri
selalu aku solat kat bawah je
kadang2 aku pernah tercari2 mana khatib yang baca khutbah
baru hari ini aku tahu rupanya ruang UTAMA berada di atas


so pas solat melepak sekejap dengan niat nak bersitiqamah
sambil memuji kebesaran ALLAH melalui penciptaannya
dan kemudiaN JENG JENG JENG


AKU AMBIL BEG AKU
EH MANA KASUT AKU
DAMMM #$%W^&*T**F
DAH KELUAR DAH SUMPAH SERANAH AKU


potong stim betul la sape yang rembat kasut aku 2
dah la aku nak balik rumah
beg besar dan berat lak 2
aduh nak cari selipar lain nak beli mana???


sabar je la (gaya ALEX dalam hantu kak limah)


emm nak x nak aku pun mungkin kena sumpah seranah balik
mana x nye
yelakan orang nak balik rumah 2 jam lagi masa perjalanan
ahh rembat je la selipar sapa pun kat tepi ni
minx maaf la sangat2 kepada yang kehilangan selipar 2
insyaallah hari ahad ni aku pulangkan balik


patutla sebelum aku bertolak pergi kelas pagi tadi rasa lain macam je nak pakai kasut lagi 1 rupanya kasut aku nak kena rembat
nasib la x pakai kasut baru
yang HAIRANNYE
kasut aku yang dah bergam danga gam UHU pun ada NILAI lagi rupanya untuk diREMBAT
tambah HAIRAN lagi
x takut DOSA KE???
dah la rembat kat MASJID
RUMAH ALLAH weiii...
selamber je REMBAT KAN (terasa la pulak )


apapun sebelum aku blah
aku nak bagi korang baca 1 cerita ni
cerita yang aku copy dari SYOK.ORG
yang dicopy dari sumber lain (kat bawah 2 ada tulis)
yang hampir ada kaitan dengan cerita aku
sekian
ASSALAMUALAIKUM


Bermalam Di Katil Seorg Lelaki
Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa…lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal.

Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra…menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.


Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal…

Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu.

Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut… Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi…

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa…

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah…

MORAL CERITA :

Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas api. Jika kita mampu menahan kepedihan api tanpa rasa sakit, lakukan dosa tersebut TETAPI jika kita tak mampu.

Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama beribu2 tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka..

credit to: ayat2 cinta notea
 Posted by za za on March 12 2011 12:49:27
44 Comments · 4435 Reads ·
 Print

2 SUKA DUKA:

||aLeaSaRa|| said...

tumpang lalu sabar jelah ye bro...jom pakat earth hour 8.30 mlm ni...

http://born2touchurheart.blogspot.com/2011/03/jom-pakat-ramai2-jayakan-earth-hour.html

abdul quddus said...

ish ish tau x pe sabar je la...
EARTH HOUR???
X LEH NK on9 la ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...