Thursday, January 26, 2017

SAYA NAK JADI JUTAWAN

HEHE cliche tak title post ni
dah lama tak update tiba-tiba update ak nak jadi jutawan.
bukan apa aku sekarang nak update column dan page/section about me
so aku rasa yang terbaik biarlah tulis apa yang kita suka dahulu
sebab yang busuk2 dan kotor siapa nak baca kan?
rosakkan mood je.

so bila orang tanya apa cita-cita ko ye?

bahasa omputihnya
-ambition -
seingat aku tanpa gagal setiap tahun guru kelas kita akan update buku rekod kita kan?
mula mula kita check tinggi dan berat dan last sekali kita akan ditanyakan
bila besar nak jadi apa? (cita cita la tu).

Well seingat aku sejak sekolah rendah masa darjah 4 atau 5 jawapan yang aku beri ialah


SAYA NAK JADI JUTAWAN

haaa hebat tak aku baru darjah 4 atau 5 masa early 2000 dah sebut nk jadi jutawan.
walhal tahun sebelumnya nak jadi polis, askar dan apa tah.
tiba tiba sejak pakai spek mata tahun yang sama terus tukar nak jadi jutawan hahaha
siapa yang tanam dalam jiwa aku untuk pasang cita cita ni entah la
mungkin masa tu tengah mabuk main jutaria kot.

pakar-pakar motivasi selalu kata yang kalau kita dah set vision atau matlamat
apa yang kita impikan itu akan jadi lagi mudah kita nak capai betul?

tapi sayangnya sebabkan hanya cita2 nak jadi jutawan
tanpa step yang teratur pun tak guna juga
orang kata matlamat tak menghalalkan cara
tapi sebabkan terlampau fikir step2 dan plan tapi tak buat buat lagilah problem wei (root problem)
so sebabkan banyak fikir tanpa perlaksanaan aku masih tercari cari lagi cara aku nak jadi jutawan..
kesian aku kan?

so pesanan aku kepada yang sedang membaca ni
buat je la apa yang korang rasa akan dekatkan anda dengan cita-cita anda ye.
salah tak apa boleh betulkan..
kalau tak buat mana nak tahu kita salah apa kan?
sebut pasal salah ni nanti aku share sorang kawan aku ni yang tersilap jalan dan kena bahan/caci/kawkaw dengan rakyat marhaen tapi ada perkara positif yang tak orang lain perasan aku perasan nsyaallah.

so
guys kalau korang ada cara yang halal nak bagi ak jadi jutawan before or on 2020
kongsilah dengan aku ye.

MASA PUN BERLALU
bila dah semakin besar dari segi umur bukan saiz ye.
aku perasan yang kalau nak jadi kaya
ada 2 cara sahaja jadi ceo atau jadi entrepreneur.
Dan pegangan untuk jadi entrepreneur ini aku dapat masa belajar diploma dan degree
Tapi sebenarnya ada lagi 1 cara
iaitu bukan sedekah ye..ini kalau nak jadi jutawan akhirat
kalau nak jadi jutawan di dunia kenalah jadi seorang salesman..

hehe dulu masa kecil ingat kalau jadi salesman bukan boleh jadi kaya pun
tapi bila dah besar/matang ni aku perasan ini lah satu satunya lapangan
untuk orang yang tak belajar tinggi dan orang yang belajar tinggi untuk jadi kaya tanpa pegang banyak2 tanggungjawab.

sebab bila jadi salesman kita akan dapat komisyen dan dari komisyen tambahan ni lah yang mampu jadikan kita jadi mudah kaya, berjaya dan beli apa nak beli.
sayangnya aku masih takut untuk bergelar salesman
sebab pandang dan dengan kata2 orang sekeliling
tak malu ke jadi salesman?
belajar tinggi tinggi jadi salesman je?
dan segala macam lagi persoalan yang timbul dan akan timbul.


walhal hakikatnya kerja ni HALAL tapi tengok juga la ye apa yang ko jual
sebabkan sceptikal sangat dengan title salesman la
dunia hari ini berikan title yang berbeza beza
kalau dalam bidang kewangan jadi advisor (tapi advisor ni tugas dia up lagi)
kalau dalam bidang lain2 ejen atau marketing executives
dan jarang yang akan guna title sales executive semata mata.

So pesanan aku abaikan kata2 orang tak guna tu....jalan terus
JOM KITA LAKUKAN

So nak kena jadi salesman je ke baru boleh jadi jutawan?
Eh tak la..
salesman ni salah satu cara.
so makan gaji kena jadi CEO baru jadi jutawan ke?
HAaa
yang ini pun tak juga.
ada je orang yang taraf manager boleh ada Rm1juta atau hampir
ada je pekerja biasa taraf executive boleh ada Rm1 juta
semuanya boleh kalau kena cara yang betul
salah satu cara
ko keje sungguh2
simpan RM1000 setiap bulan
selama 30 tahun (jangkaan kerja sebelum retirement)
dengan rate 6% setahun
return yang anda akan peroleh
hampir 1 juta (haa kan dah jadi jutawan)


so sebenarnya
keje biasa makan gaji pun sebenarnya boleh jadi jutawan.
walaubagaimanapun
insyaallah aku akan jadi salesman lepas ni sebab aku nak cepat jadi jutawan
target 2020 will become recognize jutawan dunia & akhirat aamiin.

kawan kawan doakan aku ye.
Terima kasih.

sebelum terlupa kunci nak jadi jutawan 1st kenalah menyimpan ye
simpan dan jangan ambil keluar.
ambil keluar bila dah capai target dan senyumlah di hari anda capai target anda.
TAHNIAH



0 SUKA DUKA:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...